Pihak Yayasan Al Baghdadi Malaysia menyampaikan amanat para pewakaf untuk menghadiahkan Al-Quran kepada penuntut ilmu Al-Quran. Untuk sesi serahan minggu ini, pihak Yayasan Al Baghdadi malaysia memilih Sekolah Rendah Tahfiz Nadi Al Baghdadi Putrajaya sebagai lokasi serahan al Quran.
Pihak Sekolah Rendah Tahfiz mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pewakaf kerana sumbangan ini dapat membantu para pelajar dalam mengpelajari Al-quran. Semoga pahala para penyumbang akan mengalir berterusan sehingga kiamat. IN SYAA ALLAH