- webmaster
- Ekonomi & Kemanusiaan
- Hits: 928
Pertemuan Bersama Kifayah Group
Pertemuan antara wakil Kifayah Group, Haji Mohd Nor bersama Pengarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia, Haji Mohd Nazree bin Haji Mohd Yunus bagi membincangkan servis perkhidmatan ambulans dan van jenazah kepada masyarakat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur khususnya.
Pada bulan Februari 2023, pihak Yayasan Al Baghdadi telah mengamanahkan kepada Kifayah Group untuk memanfaatkan sebuah ambulans milik Yayasan Al Baghdadi untuk membantu penduduk sekitar yang memerlukan perkhidmatan ambulans 24 jam dengan harga yang berpatutan. Syabas diucapkan kepada pihak Kifayah Group kerana berjaya memberikan servis yang terbaik dan mendapat permintaan yang tinggi sejak kebelakangan ini.
Moga-moga pertemuan ini memberi manfaat yang lebih meluas kepada masyarakat bukan sahaja terhad di dalam negara malahan boleh tembus ke luar negara.