- Admin Web YAB
- Pendidikan
- Hits: 421
Program Pembelajaran Al Quran Anak yatim
- Admin Web YAB
- Pendidikan
- Hits: 421
GOMBAK, 27 Ogos 2022 : 110 orang peserta dari umur empat hingga 12 tahun yang terdiri dari lima buah rumah anak-anak yatim hadir untuk Bengkel Asas Tamhid Al Baghdadi yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg.Sungai Pusu, Gombak.
Bengkel yang berlangsung selama tiga jam tersebut dikendalikan oleh salah seorang pengusaha rangkaian Al Baghdadi Learning Centre (ALC) dan guru Al Quran berpengalaman, Al Fadhil Ustaz Shahrizal Zainal Abidin.
Program anjuran bersama Yayasan Al Baghdadi (YAB) dan Pertubuhan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (PEWARGA) tersebut dirasmikan oleh Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abdul Latif sambil disaksikan oleh Pengarah YAB, Al Fadhil Ustaz Md Hakim Taman dan Pengerusi PEWARGA, Khairul Bahri Hj Ishak serta beberapa individu penting yang lain.
Bengkel ini bertujuan mengajar peserta tentang kemahiran asas seperti mengenal huruf hijaiyah dengan baik dan menguasai tanda-tanda bacaan dengan cara yang menyeronokkan.
