Pada tarikh 2 Julai kelmarin, satu majlis penyerahan bantuan baku makanan kepada 50 orang warga ibu tunggal dan warga emas telah diadakan di Kediaman Bonda Zauyah Bte Saadom, Batu 7 Gombak. Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal & Warga Emas Selangor (PEKWEM).
Bantuan bakul makanan ini dibuat bagi meringankan kehidupan mereka dikala inflasi yang melanda diseluruh dunia. Kadar inflasi menyebabkan keupayaan daya beli masyarakat semakin menurun atau dalam kata lain harga barang yang semakin meningkat setiap hari.Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi PEWARGA dan beberapa orang VIP yang lain telah memeriahkan majlis ini. Turut diberikan ialah senaskah Al Quran Wakaf kepada setiap mereka.
Justeru itu, Yayasan Al Baghdadi masih melakukan kempen Bantuan Bakul Makanan Aidil Adha bagi membantu golongan seperti ini menyambut Aidil Adha dengan lebih bermakna. Sila klik pautan ini https://osini.co/6/nGZ03RkgLbOX untuk menyumbang. Atau melalui pindahan ke akaun Maybank Yayasan Al Baghdadi 5624 0560 3346