FAQ

Frequently Asked Question (Soalan Lazim)

Adakah sumbangan saya mendapat pelepasan Cukai Pendapatan?

YA!. Sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Al Baghdadi layak mendapat pelepasan cukai dengan melalui resit rasmi yang diberikan.

Di manakah boleh belajar Al Quran secara PERCUMA

Hikmah Centre  menyediakan perkhidmatan kelas-kelas AL QUran secara PERCUMA bagi golongan asnaf. Sila layari www.hikmahcentre.org untuk mengetahuinya.

Adakah Yayasan Al Baghdadi hanya membantu golongan asnaf.

Ya! Kami memberi keutamaan kepada golongan asnaf. Namun begitu bagi bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan, kami akan menghulurkan bantuan juga.

Bagaimanakah caranya untuk membuat sumbangan secara berterusan?

Anda boleh membuat sumbangan melalui potongan Biro Angkasa (Kakitangan Kerajaan) atau melalui potongan Standard Instruction (SI) melalui akaun bank.

Bolehkah menyertai Sahabat Yayasan?

Ya! Boleh. Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda sebagai SAHABAT Yayasan Al Baghdadi. Sila isi borang yang disediakan di dalam laman web ini.

Adakah sumbangan saya sampai kepada golongan sasar?

Ya! Sumbangan yang diterima oleh pihak Yayasan Al Baghdadi akan disampaikan kepada golongan sasar kerana setiap transaksi akan di audit setiap tahun oleh JuruAudit bertauliah.
Copyright © Yayasan Al Baghdadi 2021. All Rights Reserved.