PROGRAM CUTI SEKOLAH : KEM MILLENIUM SUPER SOLEH
Bagi meraikan anak-anak yang sedang bercuti sekolah, Al Baghdadi Learning Center Puchong Utama telah menganjurkan Program Cuti Sekolah : Kem Millenium Super Soleh dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana yang terdiri daripada anak-anak dari keluarga asnaf dan anak-anak yang berminat.
Di kem ini, pelbagai perkara yang dapat dipelajari oleh pelajar seperti contoh ilmu pengurusan jenazah, cara memadamkan kebakaran, solat dengan cara yang betul, cara membaca tahlil dan banyak lagi yang menyeronokkan. Bagi Yayasan Al Baghdadi, kami mendedahkan kepada anak-anak cara membaca Al Fatihah dengan betul dan mengikut hukum bacanya.
Alhamdulillah semoga Kem ini dapat diteruskan lagi agar dapat mendidik generasi yang celik.