- mdhakim
- Pendidikan & Al Quran
- Hits: 513
'Jom Sedekah' Sempena Hari Aspirasi & Khatam Al Quran 2022
- mdhakim
- Pendidikan & Al Quran
- Hits: 513
KUALA LUMPUR, 15 OKT 2022 : Yayasan Al Baghdadi (YAB) memperoleh sumbangan sebanyak Rm3,370.80 sempena majlis Hari Aspirasi Al Baghdadi & Program Khatam Al Quran Perdana 2022 yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
YAB melancarkan tabung 'Jom Sedekah' kepada setiap peserta yang hadir dalam majlis tersebut dengan bertujuan mengumpulkan dana untuk Pendidikan Al Quran bagi warga asnaf di seluruh Malaysia.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin.